Sunday, December 25, 2016

Mengapa kita sering Mementingkan Hasil daripada Usaha?

Pernah ataupun tidak, apabila sesuatu yang kita kerjakan tidak menjadi seperti yang diharapkan, perasaan kecewa  memanah hati kita?
apakah ini cara yang benar jika ingin mencapai kejayaan dalam hidup?
Apakah cara yang efektif dalam mencapai keinginan hidup kita?
Biasanya jika seseorang lebih mementingkan hasil, maka dia akan cenderung untuk kecewa, putus asa dan tidak menghargai usahanya apabila dia tidak mendapat apa yang diimpikan.
Sebaliknya, jika dia mementingkan usaha lebih daripada hasil, apa saja keputusan yang nanti akan dia dapatkan pada akhir nanti, dia akan cenderung untuk menutupi kegagalannya dengan alasan “ aku sudah melakukan yang terbaik, mau bagaimana lagi, bukan rezeki”.

Situasi di atas sering berlaku dalam masyarakat kita kini.

Kita harus mengubah cara berfikir semua insan untuk menggalakkan proses pembangunan dalam masyarakat kerana ketidakseimbangan dua perkara ini hanya akan meruntuhkan masyarakat.
Lihat betapa pentingnya postingan ini karena jika kita tidak membetulkan pemikiran kita mengenai perkara ini, ia bukan saja memberi dampak kepada insititusi kekeluargaan, bahkan ia akan memberi dampak dalam semua aspek di dalam sebuah masyarakat. 

Berikut adalah  yang kita sering alami atau kita lihat dalam kehidupan:
  • Yang pertama, ia akan menjadikan kita seseorang yang tidak yakin dengan diri sendiri dan selalu saja mengharapkan orang lain.
  • Kedua, ia menjadikan kita seorang yang tidak berdikari. 
Melihat perbincangan di atas ini, kita dapat menimbulkan satu persoalan yang utama: Apakah solusi terhadap permasalahan ini? Bagaimana kita hendak mengimbanginya? Secara luarannya, kita mampu melihat jika seseorang itu mengimbangi dua perkara ini di dalam hidupnya. Manifestasinya adalah seperti berikut:
Katakan bahawa anda sudah berusaha bersungguh-sungguh dan anda gagal. Anda tidak merasakan yang usaha anda sia sia dan pada masa yang sama, anda juga mahukan hasil yang mengecewakan.
Maka dengan ini, anda akan coba analisa usaha anda dengan mengenal pasti apakah kekurangan yang terjadi di dalam usaha anda yang menghalangi anda dalam mencapai matlamat yang anda inginkan tidak kira berapa kali anda gagal atau jatuh.
Inilah jawaban kepada permasalahan di atas. Inilah apa yang anda harus lakukan dalam hidup anda.
Terdengar mudah kan? Realitinya adalah sulit untuk dilaksanakan, tetapi ingat, ia tidak mustahil kerana ia memerlukan semangat juang hidup yang tinggi untuk tetap bersifat seperti itu.
Akan tetapi perlu diingat bahawa anda lah orang yang harus menetapkan apakah itu gagal, lulus dan cemerlang.
Jangan biarkan orang lain mempengaruhi anda. Tambahan kepada akibat kita berada di dalam zona bahaya adalah kita senang dipengaruhi orang.
Sebagai contoh, jika orang sekeliling kita berkata bahawa lulus adalah grade C. maka kita pun menerima bahawa lulus adalah grade C.
Bila mindset kita sudah begitu, maka prestasi kita tidak akan naik dan akan sama rata saja dengan orang lain.
Tetapi coba lihat situasi ini:
Jika anda meletakkan bahawa gagal itu adalah grade C dan lulus adalah grade B (padahal pada hakikatnya lulus adalah grade C) dan coba mengubah kemampuan diri anda ke arah hasil yang anda inginkan.
Anda akan lihat perubahan dalam prestasi anda kerana anda telah meletakkan target hasil yang tinggi dan anda ingin membuktikan bahawa anda mampu menjadi sesuatu lebih daripada yang anda jangkakan.
Mempunyai perasaan seperti di atas tidak menghasilkan ketidak  seimbangan antara dua perkara.
Malah ia lebih membantu dalam proses keseimbangan karena bila anda sudah meletakkan hasil yang tinggi, anda akan sentiasa merasakan bahwa usaha anda membutuhkan lebih improvasi, ini menunjukkan bahawa anda sudah mencapai tahap analisa dalam memastikan usaha anda adalah yang terbaik untuk mencapai apa yang anda inginkan.
Ini sangat berlainan dengan orang yang mementingkan hasil yang telah dikatakan di atas. Orang yang sebegitu tidak mempunyai cara berfikir sedemikian.
Dia hanya menginginkan hasil yang memuaskan.

Jadi tunggu apa lagi? Masih mahu diselubungi kekecewaan sepanjang hidup anda? Berubahlah ke arah yang lebih baik.


sumber : http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/mementingkan-hasil-usaha/

No comments:

Post a Comment